Tuesday, August 16, 2011

tersirat seribu satu cerita disebalik lagu nie...ni la salah satunya lagu wajib yang aku akan dengar di pagi  hari raya sebelum pergi sembahyang raya..sudah 4 tahun dia pergi tapi..namun aku masih menyimpan sepasang baju kurung biru miliknya yang dia beri padaku sebagai tanda seorang sahabat..masa aku form 5,sekolah aku ada buat jamuan raya..normal la jamuan raya mesti la diaorang bukak lagu raya kan..ngah shok2 layan lagu raya dalam dewan makan tu..tetiba berkumandang lagu ni..kat dewan makan tu jugak aku menitiskan air mata dan terus balik dorm..mood nak sambut jamuan raya terus hilang..itu jam jugak aku 'fly'g tenangkan fikiran kat teettt...setiap raya aku mesti menziarahi pusaranya..tahun nie 2011 aku da jumpa pengganti tapi segala-galanya punah tengah jalan disebabkan kebodohan aku sendiri..aku pon x tau apa nasib aku nie..jujur aku cakap last aku beraya bersama gf tahun 2006..pada tahun 2006 ni lah pertama dan terakhirnya aku sambut raya dengan penuh meriah..namun selepas kepergiannya aku tiada mood lagi untuk beraya sakan.."namun tidak tiba orang di nanti"setiap tahun simple je..aku harapkan ada sinar baru 2011 ni tapi semuanya angan angan mat jenin..NooR saya nak beraya ngan awak taon ni bole..?huhuhuukkkk.:)







Sepasang Kurung Biru

Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...